In the spirit of Blog-Day and Malaysian Independence, this blog entry will be written in Bahasa Malaysia (idea courtesy of minishorts.net!)
Selamat Hari Merdeka Malaysia...sudah 48 tahun M'sia telah mencapai kemerdekaan daripada jajahan negara asing. Sudah 48 tahun, kita diberi kebebasan untuk menyambut kemajmukan rakyat Malaysia. Namun, setelah 48 tahun, adakah kita benar-benar bebas daripada cengkaman and legasi dari hari-hari terdahulu?
Setiap tahun, Syarikat Petroliam Nasional tidak gagal mengingatkan kita, sebagai rakyat Malaysia, untuk menghargai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh negara untuk setiap lapisan masyarakat Malaysia. Namun, setelah 48 tahun kita menyambut kemerdekaan, adakah kita benar-benar menghargai and memahami makna Merdeka and makna kerakyatan Malaysia?
Sememangnya, Malaysia telah membangun dengan pesat dalam aspek fizikal sejak kemerdekaan. Malaysia bagaikan seorang kanak-kanak yang telah melangkah dalam dunia keremajaan. Masih banyak lagi yang perlu diatasi untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah menjadi matlamat rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Bukanlah sesuatu yang mudah, untuk menjadi negara yang maju, tetapi fikiran bahawa kemajuan sesebuah negara ditentukan oleh pembangunan 'fizikal' memang terlalu ringkas and cetek. Apabila semua lapisan rakyat Malaysia mula membina negara tanpa mengira kaum dan agama, itulah detik permulaan Malaysia yang maju. Sudahlah tibanya masa, setelah 48 merdeka, untuk rakyat Malaysia mengambil langkah pertama kearah membina negara yang benar-benar majmuk - benar-benar Malaysia yang sejati. Selamat Hari Merdeka Malaysia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cooler than hot pizzas this is
Post a Comment